![](http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2010/09/aidilfitri.jpg?w=320&h=280)
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....
Alhamdulillah syukur, sudah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan..
Dan Insya-Allah pd keesokan hari iaitu 30 Ogos 2011 kita akan menyambut
hari raya Aidilfitri 1432H ..
Pada bulan Ramadhan kita telah byak beramal dan
beribadat utk mnjadi org yg bertakwa...
Dimana bulan Ramadhan bulan utk membentuk ketakwaan kita kpd Allah..
Oleh itu, janganlah kita habiskan pahala2 puasa kita dengan
amalan2 yg bercanggah dgan syarak Aidilfitri ini..
Sini aku ingin berkongsi bersama Panduan Menyambut Aidilifitri Cara Sunnah
Rasulullah SAW..
1. Banyakkan bertakbir
Bertakbir kpd Allah SWT bermulanya 1 syawal iaitu maghrib hingga khatib mula berkuthbah...
Firman Allah SWT:
" Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah: 185)
2. Mandi sunat di pagi hari raya
Kita disunatkan mandi sunat hari raya Aidilfitri pada pagi raya sebagaimana mandi wajib...
Sblum pergi menunaikan solat sunat hari raya...
Ali bin Talib pernah ditanya mengenai mandi. Adakah kita diharuskan mandi setiap hari?
Beliau menjawab:
" Tidak harus melakukanya. Namun, mandi yang diharuskan ialah , mandi hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie.
3. Makan sebelum solat hari raya
Kita mungkin sudah mempraktikkan ini ttp sunnah yg sebenarnya ialah makan biji kurma dlm jumlah yg ganjil...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgox6MGkzuxLY9bwCHAO3T63EiUjADjgCDJpqoBv35tnhzNfi8LSAVZnwJk7qWPKCzjxGK5bRtOr2-3EQf15Vlg5qFqcLfZG36qxZO0phQX46FFXc8HKiLCAfEXEQP46Rx1HipmDRguOhQ/s320/kurma001.jpg)
" Rasulullah saw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.
" Murajja' bin Raja' berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: "Rasulullah saw memakannya dalam jumlah yang ganjil." -Hadis riwayat al-Bukhari.
Jika tidak mempunyai kurma, kita boleh mengisi perut dengan apa jua makanan atau minuman yg halal..
Hikmah menjamah makanan sblum solat hari raya ialah supaya seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya...
4. Mengucapkan selamat pada hari raya Aidilifitri
Kita sering mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada sahabat handai dan keluarga...
Tetapi yg sebetulnya ialah kita perlu mengucapkan 'taqaballahu minna wa minkum' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) sperti para sahabat Rasulullah saw yg mengamalkan...
Tidak salah mengucapkan Selamat Hari Raya ttp apa slah nya kita tambah 'taqaballahu minna wa minkum' dlm ucapan kita..
5. Memakai pakaian yang cantik/indah
Kita disunnahkan memakai pakaian yang cantik/indah ttp xsptutnya baru..
Asalkan bersih, cantik dan indah..
Bagi kaum adam disunatkan memakai wangi-wangian..
Bagi kaum hawa pula memakai pakaian yg indah ttp tidak keterlaluan..
6. Mengikuti jalan pergi dan balik dari solat hari raya yg berbeza
Ini kerana jika kita mengikut jalan yg berbeza kita akan bertemu org yg berbeza dan bertegur sapa..
Selain itu, setiap langkah kita ke tempat solat akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya..
Inilah sbhgian drpd amalan2 dan hukum-hakam yg disunnahkan ketika menyambut hari raya Aidilfitri menurut sunnah dan al-Quran yg sepatutnya dijadikan ikutan bg kita..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. serta taqaballahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)..
Kpd sesiapa yg mengenali diriku ini.. Amiinn.. :D
Yang baik dtg drpd Allah SWT dan yang buruk dtg drpd diri saya sendiri..
Assalam..
No comments:
Post a Comment